Salam sejahtera Putri,
Saya antara peminat setia ruangan ini yang amat berguna untuk kta hayati dan renung segala macam kisah kehidupan untuk dijadikan iktibar dan makanan rohani bagi memotivasikan diri yang kadangkala seperti mainan saham - turun dan naik. Dengan cara ini kita dapat muhasabah diri dan mampu menadah syukur kepada Ilahi di atas segala nikmat yang dicurahkan-Nya. Apabila membaca kisah keluhan hot chocolate mengingatkan kisah cinta saya yang putus di tengah jalan dua tahun dahulu.
Saya amat menyintai dan menyayangi seorang lelaki seikhlas hati. Bagi saya dialah lelaki yang saya cintai dan terlalu istimewa. Segala kesetiaan dan kejujuran saya tumpahkan pada dia, namum saya langsung tidak menyangka hubungan kami berakhir. Sewaktu putus dahulu,saya tidak jemu memujuknya kembali tapi hampa.
Saya insan yang paling sedih. Setiap hari yg berlalu tidak bermakna. Saya seperti orang gila tak makan tak minum kerana kesedihan melampau. Saya amat tertekan kerana terlalu merindui kenangan kami berdua. Akibatnya tumpuan saya saya terhadap pelajaran hilang dan saya gagal dua subjek kuliah. Setiap hari saya lalui dengan hati yang cukup sebak. Ketika saya mencoretkan luahan ini airmata saya mengalir deras.... tetapi saya amat bersyukur kepada Allah, saya masih berada di sini. Kerana adanya kawan-kawan yang banyak membantu memberikan sokongan dan kekuatan dan memikirkan tanggungjawab saya kepada keluarga dan sebagai mahasiswa membuatkan saya kembali sedar memikirkan arah tuju hidup yang lama saya lupakan. Saya kutip kembali semangat dan kekuatan yang masih bersisa. Kepada Yang Maha Esa saya curahkan segala luahan dan sedih yang membeku. Saya panjatkan doa agar saya sentiasa tabah dan menemui jalan kebahagiaan dan kejayaan. Sehingga kini, saya tidak pernah jemu berdoa agar Tuhan membuka hatinya untuk saya dan mendoakan kebahagiannya.
Saya bertekad mahu berjaya. Mahu membuktikan padanya saya mampu berjaya seperti yang penah saya janjikan kepadanya.Bukan senang nak melupakan orang yang kita sayang. Ikhlas dan jujur saya katakan Putri,sampai saat ini saya masih lagi terus menanti. Walaupun hadir orang lain, saya terpaksa berterus terang dan tidak mahu membohong mereka yang sesungguhnya hati inisudah beku mengenai cinta. Saya sudah bertekad, sekiranya dia bukan jodoh saya, saya serah kepada orang tua saya untuk mencari teman hidup saya kerana saya tidak berdaya mencintai orang lain. Saya tidak mahu menipu diri sendiri. Saya sebolehnya cub tidak mahu lagi memikirkan dia tapi saya tidak berjaya. Terlalu sukar. Saya sibukkan diri dengan melalukan banyak perkara tapi sesibuk mana, pasti ada saat saya memikirkannya.
Saya ucapkan terima kasih kerana dia pernah hadir dalam hidup saya dan memberikan pengalaman yang cukup berharga dan pernah membahagiakan saya suatu ketika dahulu. Memang saya akui ujian Tuhan membuatkan saya menjdai insan yang lebih tabah dah kuat. Cuma kata-kata yang mahu saya katakan kepadanya... maafkan diri ini kerana menyintai dirimu... maafkan diri ini kerana sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk menahan dari terus menyintai dirimu... maafkan segalanya...
Terima Kasih Putri.
BANANA_08, Sungai Layar, Sungai Petani.
Saudari Banana,
Terima kasih atas luahan yang diberi. Putri terharu dengan penantian yang dilakukan. Tetapi masih ada kekuatan pada diri Banana untuk akhirnya berserah kepada takdir. Sememangnya sukar untuk sesiapa sahaja melupai kenangan manis lebih-lebih lagi dengan orang yang tersayang. Namun kehidupan perlu diteruskan. Usahlah rasa kecewa membaluti kehidupan sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment